Wednesday, January 27, 2010

IPP LANGKAWI - SALAM PENGENALAN

Latar Belakang
Institut Pengurusan Peladang Langkawi atau ringkas nya IPP Langkawi telah ditubuhkan pada tahun 1998. Ianya terletak berhampiran pekan Kuah (5 minit memandu) sebuah bangunan 7 tingkat berperanan memberi kemudahan dalam melaksana kursus, seminar dan mesyuarat dan aktiviti kepada anggota LPP dan ahli Pertubuhan Peladang. Ia jga menawarkan kemudahan tersebut kepada jabatan dan agensi kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan.

Matlamat IPP
Ditubuh untuk melahirkan golongan pemimpin, pegawai dan peladang yang mahir dan terlaih dalam pelbagai sektor perladangan khususnya pengurusan, selaras dengan kehendak dan perubahan semasa. Ianya diharap dapat menjadi pendorong, penggerak gedung ilmu dan saluran pertukaran maklumat yang berkesan dalam dalam usaha meningkatkan dan memajukan taraf ahli-ahli pertubuhan peladang khasnya dan peladang amnya.

Strategi Pengurusan IPP
  • Menyediakan latihan pengurusan secara berkala dan sepenuh masa untuk para peladang dan anggota Lembaga Pertubuhan Peladang.
  • Menganjurkan seminar, forum dan kursus berkitan sektor perladangan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menyediakan kemudahan penginapan untuk orang perseorangan, kumpulan dan syarikat pada kadar sewa yang berpatutan. Kemudahan tersebut mencakupi semua kemudahan yang di IPP.

Kemudahan yang disediakan:
  • ruang legar luas dan selesa untuk istirehat dan menonton tv.
  • kemudahan wi-fi (internet)
  • dewan seminar/mesyuarat yang boleh menempatkan 230 orang dalam satu masa.
  • 6 bengkel yang boleh menempatkan 25-50 orang bagi satu bengkel dalam satu masa mengikut jenis bengkel.
  • makmal komputer dengan 35 terminal komputer
  • 8 jenis bilik penginapan yang boleh menempatkan sejulmah 250 orang dengan kadar sewa yang berpatutan.
  • Sebuah kafeteria.
  • Surau Lelaki dan Wanita
Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi Unit Pemasaran/Jualan & Tempahan di talian : +06-04-966 8590 / 1853 / 1845 atau 013-489 3290 dan talian Faks : +06-04-966 8591.